Usahawan IKS perlu bimbingan untuk tepati standard persijilan Jakim
KUANTAN
– Proses kelulusan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) tidak sukar dan hanya mengambil masa dua minggu
daripada tarikh permohonan jika memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, bagaimanapun,
mengakui ada pengusaha khususnya dalam industri kecil dan sederhana
(IKS) sukar untuk mendapatkan pengiktirafan halal kerana kurang
mengetahui prosedur atau tidak dapat memenuhi piawaian ketat JAKIM.
“JAKIM
menetapkan standard yang tinggi dalam sijil halal kerana konsepnya
halalan toyyiban iaitu bukan hanya halal, tetapi juga suci. Standard ini
diguna pakai oleh 45 negara dan 78 agensi di seluruh dunia.
“Prosesnya
tidak susah namun ada perkara yang perlu ditepati dan mungkin ada
antara IKS yang tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuantan. di sini, hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof semalam, bahawa ada usahawan IKS sukar
menda[pat sijil halal walaupun sudah lama mengusahakan perniagaan.
Misalnya,
Fuziah berkata, ada IKS yang mengusahakan perniagaan kerepek memproses
produk itu di dapur rumah mereka, sedangkan kriteria yang ditetapkan
JAKIM memerlukan mereka mengasingkan dapur produk dengan dapur rumah.
Justeru,
beliau berpandangan usahawan IKS memerlukan bimbingan daripada pihak
sewajarnya supaya dapat menepati piawaian persijilan JAKIM yang sekali
gus boleh menjadi nilai tambah kepada produk mereka.
“Tugas
untuk membantu IKS bukan di bawah JAKIM, sebaliknya pihak yang terlibat
secara langsung dengan mereka yang boleh memberi tunjuk ajar, memberi
dana, membuat kertas kerja, pembungkusan dan sebagainya,” katanya.-
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.