Harga runcit RON95, diesel tak berubah
BANGI– Harga runcit bagi petrol RON97 naik 11 sen kepada RM2.49 seliter,
manakala RON95 dan diesel kekal tidak berubah, berkuatkuasa 12.01 tengah
malam ini hingga 5 Julai depan.
Kementerian Kewangan dalam satu
kenyataan, hari ini berkata, harga runcit petrol RON 95 kekal pada paras
RM2.08 seliter, sementara diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.
Katanya, berdasarkan pengiraan di bawah
formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol
RON95 dan diesel bagi tempoh 29 Jun sehingga 5 Julai 2019 sepatutnya
adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing.
“Namun, harga runcit bagi kedua-dua
produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras
dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk
petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh itu adalah berjumlah RM75.16 juta,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.