ISMA WEB
Musuh berusaha sekat, perlahankan gerakan umat Islam
BANGI
– Meneutralkan amalan dan ibadah dalam Islam agar ia boleh dikongsi
dengan penganut agama lain atas nama perpaduan kaum dan keharmonian
agama, adalah antara gerakan licik liberalisasi untuk menyekat atau
memperlahankan gerakan Islam dan umatnya.
Ketua
Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, gaya tindakan gerakan
liberalisasi itu juga antara lain termasuk mencampuradukkan ibadah
khusus dalam Islam, dengan amalan adat dan budaya, sehingga nilai ibadah
khusus itu tidak dipraktikkan mengikut tatacara yang betul.
Perancangan
musuh Islam katanya, sangat rapi dan strategik, menerusi tindakan licik
untuk menyekat atau sekurang-kurangnya memperlahankan gerakan Islam dan
umatnya.
Beliau
berkata, gerakan itu tidak sahaja dengan melakukan serangan terbuka dari
luar, tetapi juga secara halus dan menusuk dari dalam setelah mereka
berjaya masuk ke jantung hati umat Islam.
“Satu
daripada gerak licik mereka ialah gerakan liberalisasi yang tentu sahaja
bergerak selari dan sepadu dengan gerakan misionaris dan orientalis.
“Gaya
tindak gerakan liberalisasi ialah menyamatarafkan agama Islam dengan
agama-agama lain melalui slogan semua agama mengajak ke arah kebaikan
dan semua agama menuju syurga.
“(Mereka
juga) meneutralkan amalan agama dan ibadah dalam Islam agar ia boleh
dikongsi amal dan tindakan dengan penganut agama lain atas nama
perpaduan kaum dan keharmonian agama,” katanya.
Sebelum
ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri
Mujahid Yusof Rawa ketika mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Johor
Bahru, Akmal Nasrullah Nasir berbuka puasa di kuil, berkata majlis itu
bertujuan merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan tidak
sepatutnya menjadi isu.
“Ini bukan
isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang
mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi
akan mewujudkan Islamofobia,” kata Mujahid.
Terdahulu,
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, permuafakatan,
keharmonian dan perpaduan antara kaum dalam bangsa Johor telah
disemarakkan sejak zaman-berzaman, dan tidak perlu pendekatan baru yang
tidak syarie sebagaimana yang dibuat ahli Parlimen itu.
Nasruddin
berkata, sasaran mudah gerakan liberalisasi ialah umat Islam yang tidak
mendalam pegangan agama dan mudah diperdaya melalui slogan kesaksamaan
dan keharmonian kaum.
Sasaran
lain katanya, ialah umat Islam yang tidak kejap pegangan agama dan mudah
dipalingkan dengan tekanan dan ugutan; serta umat Islam yang terdesak
dan mudah dipengaruhi melalui sumbangan kebajikan dan pembiayaan yang
dihulurkan.
“Objektif
gerakan liberalisasi (pula) ialah meleraikan pegangan agama dan
merosakkan keyakinan umat Islam terhadap Islam sebagai ad-din. Sehingga
menganggap Islam hanyalah agama biasa-biasa sahaja.
“Melunturkan
semangat juang umat Islam untuk mendaulatkan Syariat. Sehingga
menganggap bahawa syariat Islam tidak perlu didaulatkan kerana
masyarakat majmuk dan menghormati kepelbagaian agama.
“Akhirnya,
mereka mahu supaya umat Islam tidak rasa bersalah kalau pun mahu
menukar agama justeru ia menepati hak asasi beragama dan memilih cara
hidup,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa Islam tidak antibukan muslim, tetapi agama itu menetapkan garis sempadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.