Menteri Hal Ehwal Ekonomi bakal umum pengganti Megat Zaharuddin
KUALA LUMPUR– Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor mengumumkan peletakan jawatan
beliau sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda),
berkuat kuasa 30 Jun ini.
Felda dalam kenyataan hari ini, berkata Megat Zaharuddin memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan itu semalam (24 Jun).
“Perjalanan
hidup kita mengandungi ‘perhentian’ dan ‘permulaan’. Saya memikir
apakah lagi rancangan Allah pada diri saya,” kata Megat Zaharuddin dalam
kenyataan itu.
Felda
berkata, Pengerusi baharu bakal diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kerana Felda adalah agensi yang bernaung
di bawah kementerian berkenaan.
Megat
Zaharuddin yang dilantik sebagai pengerusi agensi itu pada 26 Julai
tahun lepas, telah berusaha keras memahami rapat isu-isu Felda,
terutamanya berkaitan warga peneroka di sepanjang tempoh tersebut.
“Di bawah
pentadbiran beliau, beberapa inisiatif pelan transformasi diperkenal dan
diketengahkan untuk meneraju Felda semula ke tahap kelestarian dan
kegemilangan.
“Beliau
juga telah menyusun atur dan memperkenalkan misi, visi dan nilai teras
baharu Felda, agar organisasi itu mampu menjadi pemacu pembangunan
penempatan negara yang progresif,” menurut kenyataan itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.