DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Ahad, 23 Jun 2019

Pemimpin PAS puji FMT beri liputan adil muktamar

FMT Reporters
Wartawan membuat liputan Muktamar PAS ke-65 di Stadium 
Tertutup Kompleks Sukan Pahang di Kuantan.

KUANTAN: Seorang pemimpin kanan PAS hari ini memuji liputan berita sepanjang muktamar parti itu di sini, sambil membuat perbandingan dengan sebuah lagi portal berita.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah turut mempersoalkan pemberitaan Malaysiakini yang menurutnya sering menggunakan tajuk yang memberi gambaran tidak baik terhadap pimpinan PAS.

“Sebab itu saya tekankan berhati-hati, kalau dulu dengan Utusan Malaysia, berhati-hati dengan Berita Harian, hari ini tambah satu lagi Malaysiakini.

“Kalau nak banding dengan Free Malaysia Today, saya rasa FMT baik sedikit berbanding Malaysiakini,” katanya pada ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-65 hari ini.

Amar berkata wujud beberapa media yang sering memberi “gambaran negatif kepada kita”.

“Saya sebut terang-teranglah sebab Malaysiakini selalu tajuk-tajuk beritanya negatif.

“Sebahagian daripada kita suka baca tajuk, isi tak baca. Bila dia baca tajuk, dia hentam pimpinan dan pertikaikan pimpinan dengan tidak merujuk kandungan yang sebenar.”

Amar berkata, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri pernah bersuara mengenai tajuk berita negatif yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap pimpinan parti itu.

Katanya, sebab itu PAS perlu bijak berdepan media dan menasihatkan orang ramai membaca keseluruhan laporan media.

ELBI RISALAH di 6/23/2019 10:51:00 PTG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.