ISMA WEB
Pengakuan tak beretika langgar peraturan perkhidmatan awam
KUALA LUMPUR– Kementerian Industri Utama menamatkan kontrak perkhidmatan Setiausaha
Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menterinya, Haziq Abdullah Abdul
Aziz berkuat kuasa Selasa lepas.
Kementerian
itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, langkah berkenaan
diambil ekoran satu pengakuan tidak beretika di dalam media sosial yang
telah dibuat menerusi klip video oleh Haziq pada 12 Jun lepas.
“Kementerian
memandang perkara itu sebagai satu pelanggaran nilai, etika dan
Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk
Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.
“Surat
tunjuk sebab juga telah diberikan serta-merta dan beliau telah
menjawabnya. Sehubungan itu Kementerian telah mengambil langkah
menamatkan perkhidmatan beliau berkuat kuasa 18 Jun 2019,” menurut
kenyataan itu.
Susulan penamatan kontrak berkenaan, kementerian tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Haziq, menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian
itu turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang soal
perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej pihaknya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.