Bomba guna alat khas gunting tudung periuk keluar kepala mangsa
KUALA LUMPUR
– Tindakan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memasukkan kepalanya
di lubang penutup periuk mengundang padah apabila kepalanya tersangkut
kira-kira setengah jam.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi,
Khalish Akil Hassan Basri dikatakan bermain penutup periuk itu di
rumahnya di Taman Ampang Indah di sini sebelum gagal mengeluarkan
penutup itu daripada kepalanya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat
Selangor Norazam Khamis berkata, ibu mangsa bertindak menghubungi pihak
bomba selepas beliau juga gagal mengeluarkan penutup periuk itu daripada
kepala anaknya.
“Pihak bomba kemudiannya menggunakan
peralatan khas untuk menggunting tudung periuk itu bagi mengeluarkan
kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Norazam berkata, lapan anggota daripada
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian
selepas menerima panggilan jam 8.04 malam tadi. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.