Rabu, 19 Jun 2019

Ini Cerita Kawan Saya Haziq Yang Dirosakkan Oleh Ahli Politik..


Haziq adalah kawan lama saya. Sahabat lama yang akrab bermula tahun 2011. Selepas saya keluar daripada GAMIS, sebuah gerakan mahasiswa Islam, saya dan haziq direkrut bersama oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Ketika itu, saudara Hilman (kini seorang ADUN) merupakan Pegawai Khas kepada Azmin Ali. Beliau merupakan pemimpin KAMI sebelum itu.

Ketika saya bertugas dengan Hilman dibawah pejabat Azmin Ali untuk seketika, Haziq sedang intern di Lawyers For Liberty(LFL).

Beliau seorang yang idealis. Kami dididik dengan semangat politik yang garang dan pemimpin yang menasihati dan melatih KAMI ini antaranya ialah Hishamudin Rais, Anwar Ibrahim dan pada zaman saya, saya suka membawa tokoh-tokoh baru yang bukan berunsur politik antaranya dari Iran dan juga aktivis rakyat seperti Mat Saman Kati dan reformis dari Indonesia. Sesekali saya menyelitkan fahaman sosialis kerana KAMI lebih condong kepada fahaman neoliberal sebelum saya menyertainya.

KAMI memang rapat dengan Parti Keadilan. Hubungan mesra antara KAMI dan pemimpin PKR tidak boleh dinafikan. Program Anwar, Rafizi, dan peminpin muda seperti Dr Afif dan Hilman pasti KAMI akan turut serta.

Haziq adalah seorang anak muda yang berani, garang dan liar. Tidak mudah dikawal pemikirannya. Sangat progresif dan radikal. Begitulah juga semua yang berada didalam KAMI.

Setiap kali Haziq ingin pulang ke kampung halaman di Sarawak, keretanya akan ditinggal di rumah saya. Jadi, keluarga saya memang mengenali Haziq. Saya merupakan timbalannya. Hubungan kami baik sehinggalah pada satu ketika, Haziq dipengaruhi semangat kebendaan. Beliau menyertai Mahasiswa Keadilan dan meninggalkan gerakan mahasiswa yang tulen.

Pemikiran Haziq ketika itu sudah ibarat lembu dicucuk hidung. Kami renggang. Ramai didalam KAMI pergi meninggalkan kami dan menyertai Mahasiswa Keadilan yang menjanjikan posisi politik dan kerjaya politik.

Lepas pada itu Haziq tidak macam dahulu lagi. Beliau melompat-lompat dari satu team ke satu team. Dari team Rafizi ke team Azmin. Kemudian kami mendapat tahu dia menyertai BN. Menjadi orang kanan bergaji kepada seorang menteri di Sarawak.

Kehidupannya ketika itu mewah. Dan itulah yang dia inginkan. Ketamakan kuasa, haloba menjadikan maruahnya murah. Tidak berani lagi mengkritik, hilang sifat radikal dan melawan. Rela menjadi orang suruhan sesiapa.

Belum sempat menjamah kemewahan didalam BN, kerajaan bertukar. Haziq segera kembali ke pangkuan PKR. Dibawah kem Azmin. Kartel. Parti dan kem asal yang menenggelamkan radikalisme anak muda seperti Haziq.

Haziq yang tiada apa jawatan penting dalam parti, baru sahaja melompat kembali, secara tiba-tiba dilantik menjadi Setiausaha Sulit Kanan seorang menteri dengan gaji asas sekurang-kurangnya RM 7000. Ini pasti sesuatu yang mencurigakan. Orang yang tiada apa-apa pengaruh dan jawatan dalam PKR dilantik sebagai SETIAUSAHA KANAN oleh kem Azmin. mengapa?

Sebagai rakan karib lama, yang pernah tidur sekali, sama ada di hostel mahupun lokap, didalam kereta atau ditepi jalan, apa yang saya lihat ialah kes Haziq ini tidak boleh diletakkan kesalahannya kepada Haziq semata-mata.

Didalam PKR, segelintir pemimpin yang menggunakan staff untuk kepuasan nafsu tidak boleh dinafikan lagi. Sebelum zaman Saiful Buhari lagi, beliau seorang staff di PKR, menjadi alat pemuasan nafsu pemimpin, dan kini Haziq, maka pemimpin parti itu juga wajib dipertanggungjawabkan!

Staff tidak boleh dijadikan hamba politik termasuk nafsu serakah pemimpin. Ini bukan kali pertama atau kedua, tetapi banyak lagi kes staff parti dalam PKR dan lantikan kerajaan oleh pemimpin PKR yang menjadi mangsa sebegini.

Parti politik yang memansuhkan idealisme anak muda. Menanam barah politik berasas harta. Mengajar menjadi tunduk, mengejar mewah, dan berkata dusta, seterusnya menjadi hamba yang sanggup berbuat apa sahaja untuk kemewahan dan posisi.

Nah akibatnya. Kini tidak boleh dibendung lagi.

Semoga Haziq segera kembali ke pangkuan keluarga. Saya dimaklumkan orang tuanya masih mencari dimana Haziq. Walaupun kemarahan saya masih belum hilang memikirkan bagaimana Haziq meninggalkan KAMI, saya berharap beliau tidak dipergunakan lagi.

Ahli-ahli Pakatan Harapan yang tidak henti-henti mereka cerita dan penerangan bagi pertahankan pemimpin mereka yang tampak suci walhal jijik, akan menjadikan mangsa seks dalam kalangan staff parti dan kerajaan oleh pemimpin PKR berleluasa. Akan mematikan jiwa idealis anak muda.

Segera hukum boss-boss ini supaya tidak menjadikan anak muda bertindak bangang dimasa hadapan. Henti mendidik anak muda dgn politik kebendaan.



Ketika pertemuan dengan mahasiswa Patani Thailand.



Paling kiri. Ketika sesi bersama seorang pemimpin Iran



Paling kanan. Ketika isu mahasiswa KUIN dibuang pengajian.



Ketika protes di UIA, demontrasi membantah pemecatan Prof Aziz Bari




Duduk di kerusi berbaju putih ketika di Kelab 50B. Bangsar. Menjadi moderator program KAMI



Isu kebebasan akademik



aktivis2 KAMI ketika protes bantah akta perhimpunan aman



Ketika Hishamudin Rais merasmikan pelancaran dana KAMI



Ketika kami berdua ditahan di KL Sentral secara tiba-tiba. Zaman ini aktivis mahasiswa diburu kerana lantang melawan kerajaan Najib.



Semasa di UPSI



Protes berkhemah tawan Dataran Merdeka tuntut pendidikan percuma

KHALID ISMATH
Sumber LINK

MR :  Pemikiran bermatlamatkan kebendaan menghasil politik hancing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.