KUALA LUMPUR: Tambang penerbangan domestik bagi musim perayaan Aidilfitri kali ini secara keseluruhan lebih murah berbanding tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata kebanyakan tambang penerbangan domestik pada musim perayaan tahun ini lebih murah berbanding sebelum ini.
Kamarudin bagaimanapun tidak menafikan masih ada harga tambang penerbangan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, melibatkan laluan Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Tawau.
“Kita dah minta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) selidiki lagi kenapa 2 laluan ini sahaja tinggi. Pada masa ini kita masih menunggu kajian daripada Mavcom berkenaan hal itu,” katanya di Majlis Edaran Pek Hari Raya dan Berbuka Puasa di Stesen Sentral Kuala Lumpur malam tadi.
Isu harga tiket penerbangan domestik dan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit tular di media sosial baru-baru ini, apabila ada melahirkan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan tambang penerbangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.