KUANTAN: PAS merupakan parti terbuka, namun sejak dahulu ia mengalami sunnatullah sama sepertimana para Nabi dan Rasul yang terpaksa berhadapan dengan musuh.
Timbalan Presiden PAS, Dato'
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan diputuskan PAS bukan
kerana mencari popular politik, tetapi yang menepati syarak.
Iaitu jelasnya, tindakan yang
menguntungkan perjuangan Islam sebagaimana Nabi S.A.W boleh membuat
keputusan sendiri, tetapi sering memilih mengadakan mesyuarat dan
perbincangan.
Perkara tersebut dinyatakan
beliau ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di
Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota,
di sini hari ini.
Menerangkan mengenai muafakat
politik, PAS katanya, membuat keputusan untuk mewujudkan dua lapis carta
organisasi dengan pertama terdiri dari 11 wakil PAS dalam Jawatankuasa
Induk.
"Umno juga ada 11 orang. Kita
baru ada mesyuarat sekali Jawatankuasa Induk. Mesyuarat Pertama kita
bentuk satu persefahaman dalam tiga perkara. Pertama, mana-mana PRK
sehingga PRU15; 'satu lawan satu' dengan PH.
"Tempat yang PAS bertanding,
kekal PAS, Umno bantu. Di tempat Umno bertanding sebelum ini, kekal Umno
dan PAS bantu. Hasilnya, kita lihat capai satu perubahan," jelas beliau
yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Kedua bentangnya, PAS
bersetuju di mana-mana isu melibatkan kepentingan Islam dan umatnya,
mesti gembleng kekuatan yang menzahirkan muafakat politik dalam
menghadapi ancaman.
Manakala ketiga ujarnya,
penyelarasan peringkat Parlimen melibatkan perbahasan isu-isu hingga
bila ada Ahli Parlimen dihalau atau digantung keluar, maka PAS-Umno
saling bersolidariti.
Jawatankuasa Teknikal
Disamping itu, antara kedua
pihak juga mempunyai Jawatankuasa Teknikal dengan masing-masing punya
lima anggota yang akan merangka dan mengangkat cadangan ke Induk.
"Kita dalam PAS tidak bimbang.
Kerana apa-apa sahaja dasar parti kita dipandu Majlis Syura Ulamak
(MSU). Majlis Syura memandu kita supaya parti berjalan tidak bercanggah
dengan syarak.
"Ramai perwakilan timbulkan
soal garis panduan dalam muafakat politik supaya masing-masing
mengetahui batas sempadan antara satu sama lain. Garis panduan ini telah
pun dibincangkan.
"Majlis Syura akan perincikan
perkara yang berbangkit disusuli suatu kenyataan dan arahan rasmi
daripada Pejabat Agung, insyaAllah," jelas beliau.
Menjelaskan garis panduan
tersebut katanya, segala polisi dan dasar kerjasama hanya boleh
diputuskan oleh Jawatankuasa Induk setelah mendapat perkenan PAS Pusat
dan MSU.
Pertama menurutnya, melibatkan
soal pembahagian kerusi, manakala kedua; boleh melaksanakan program
yang fokus bersamanya penyatuan ummah memperkasa agenda Islam.
Ketiga maklum beliau,
kerjasama dengan saling menghormati dasar parti, di mana ahli parti
tidak dibenarkan terlibat dalam program dalaman parti lain seperti
menjadi perasmi Mesyuarat Agung.
Keempat pula katanya, pimpinan
dan ahli dibenarkan menghadiri dan membuat pengisian seperti ceramah,
panel forum, pembentang kertas kerja, tazkirah kepada parti rakan
kerjasama. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.