KANGAR: Mufti Perlis, Prof
Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan melihat semula
keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap
kali tiba bulan Syawal.
Beliau berkata, program jamuan raya yang dianjurkan oleh sesebuah jabatan kerajaan biasanya melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangannya untuk menampakkan kemeriahan.

“Justeru apabila ada rakyat yang datang ke sesebuah jabatan untuk
sesuatu urusan mereka terpaksa pulang dengan kehampaan kerana kakitangan
di bahagian-bahagian tertentu jabatan itu berada di majlis jamuan hari
raya,” katanya pada majlis ceramah mingguannya di Masjid Alwi, di sini
pada Khamis malam.
Menurut berkata, apa yang lebih memberi kesan ialah apabila pegawai dan kakitangan sesebuah jabatan kerajaan keluar pejabat untuk menghadiri jamuan hari raya di pejabat lain.
Sehubungan itu, Mohd Asri berharap kerajaan melihat semula perkara itu selaras dengan keperluan semasa kerana tidak semestinya apabila umat Islam berpuasa sebulan mereka harus mengadakan majlis makan selama sebulan juga untuk menyambut hari raya. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.