Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Tommy mungkin lindungi penjenayah, ganggu inkues Adib
KUALA LUMPUR
– Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menuntut pihak berkuasa menyiasat
Peguam Negara, Tommy Thomas kerana mencampuri urusan prosiding inkues
kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Tommy
perlu disiasat mengikut Seksyen 212 dan Seksyen 219 Kanun Keseksaan
kemungkinan melindungi pesalah, melalui kacau ganggu prosiding inkues
serta kemungkinan menggunakan jawatannya dengan cara tidak jujur dan
dengan jahat membuat laporan, perintah dan keputusan bagi menindas
keadilan.
Timbalan
Pengerusi UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata, peguam negara itu juga
perlu disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan mana-mana peruntukan lain yang berkaitan.
“Peguam
Negara telah bertindak mengarahkan Syazlin Mansor iaitu peguam yang
mewakili KPKT dan keluarga Adib supaya menarik diri hanya selepas 36
hari prosiding inkues serta selepas Syazlin memutuskan untuk memanggil
semula Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr
Shahrom Abd Wahid, sedangkan tiada bantahan dibuat pada peringkat awal
mengenai perlantikannya.
“Tommy
menyatakan bahawa keputusan mengarahkan Syazlin menarik diri adalah
kerana peguam itu mengambil kedudukan bertentangan dengan Jabatan Peguam
Negara dalam inkues Adib, seolah-olah peguam negara telah mempunyai
pendirian sendiri dalam inkues ini dan mahukan semua pihak mengikut
pendiriannya,” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah
Dang Wangi hari ini ketika mahu membuat laporan polis mengenai inkues
Muhammad Adib.
Mengulas
lanjut, Kamaruzaman berkata, tindakan Tommy menjadikan inkues
seolah-olah berat sebelah dan tidak mencapai matlamat asal untuk
menyiasat punca kematian anggota bomba.
Menyifatkan
tindakan Tommmy sebagai ‘miscarriage of justice’ Kamaruzaman berkata,
Jabatan Peguam Negara tidak sepatutnya mempunyai pendirian sendiri dalam
prosiding inkues kerana inkues bertujuan untuk menyiasat punca kematian
yang tidak pasti dan segala teori kemungkinan perlu diambil kira.
“UMMAH
melihat bahawa Pejabat Peguam Negara telah campur tangan secara serius
dan kami mahu satu siasatan dibuat secara telus. Sekiranya Tommy atau
sesiapa sahaja di terbabit secara langsung dalam kes-kes jahat seperti
ini, kami mahu tindakan serius diambil,” tegas beliau.
Terdahulu,
Tommy mengesahkan mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Zuraida Kamaruddin, membatalkan pelantikan peguam Syazlin dalam inkues
kematian Muhammad Adib.
Beliau
mengarahkan Zuraida untuk membatalkan pelantikan Syazlin daripada
mewakili kementerian dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)
atas empat sebab.
Tommy
berkata, Syazlin sepatutnya menolak pelantikannya kerana Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JBPM sepatutnya hanya
mendapat nasihat perundangan daripada Jabatan Peguam Negara, manakala
sebarang lantikan peguam luar mestilah daripada Peguam Negara atau
Pendakwa Raya.
Selain
itu, katanya, tindakan Syazlin mewakili keluarga Muhammad Adib, KPKT dan
JBPM sekali gus tidak boleh diterima kerana mencetuskan konflik
kepentingan antara tiga pihak yang mungkin memiliki kepentingan
bertentangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.