Penyelesaian dibuat jika ada keputusan kerajaan tak menguntungkan
KUALA LUMPUR– Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak meminggirkan kebajikan pemandu
dan pengusaha teksi serta telah memberikan bantuan sewajarnya, yang
tidak kurang daripada apa diterima daripada kerajaan sebelum ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, jika ada sebarang langkah atau keputusan kerajaan yang dianggap tidak begitu menguntungkan kepada kumpulan tersebut, satu penyelesaian terperinci akan dilakukan.
“Dalam kita mempertimbangkan operasi e-hailing, sudah tentu pertimbangan kita adalah untuk mempastikan bahawa kebajikan pemandu dan pengusaha teksi tidak terjejas dan terabai.
“Tetapi, kita sudah tentulah tidak dapat menafikan oleh kerana adanya Grab ini, akan ada pertambahan jumlah perkhidmatan teksi e-hailing, dan ia menjadikan perkhidmatannya kepada rakyat lebih baik kerana mudah untuk rakyat menggunakan perkhidmatan ini,” katanya, ketika ditemui pada majlis Jalinan Kasih Ramadan di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah portal memetik Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin Ismail yang mendakwa, rata-rata pemandu teksi menyuarakan rasa kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH kerana gagal menjaga kebajikan mereka selepas setahun mentadbir Putrajaya.
Kamaruddin yang juga Anggota Parlimen Bandar Tun Razak berkata, langkah pihaknya mengenakan syarat yang ketat terhadap penyedia perkhidmatan e-hailing pada masa ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tegas dalam menguatkuasakan undang-undang.

Katanya, ia juga menunjukkan kerajaan
PH tidak memberikan kelebihan kepada penyedia perkhidmatan e-hailing
berbanding pemandu dan pengusaha teksi.
Terdahulu, Kamaruddin menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 400 penduduk sekitar Parlimen Bandar Tun Razak pada majlis yang dianjurkan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) dengan kerjasama persatuan penduduk Kampung Malaysia Raya. -Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.