Khamis, 30 Mei 2019

KIT SIANG PERLU BELAJAR HORMATI KABINET

Wartawan Watan-Online
 


Penasihat DAP, Lim Kit Siang disaran untuk belajar menghormati peraturan termasuk keputusan yang telah ditetapkan oleh Kabinet kerajaan.

Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar berkata Kit Siang tidak wajar menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memecat Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk digantikan dengan ahli DAP, Teo Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Pendidikan.

“Sebagai sebuah parti pembangkang, UMNO akan terus memantau dan menegur sekiranya ada tindakan pemimpin kerajaan yang boleh merosakkan negara sebagaimana sikap Kit Siang yang sudah pasti memberi impak buruk apatah lagi dalam keadaan kepimpinan kerajaan baru ini yang amatlah tidak memuaskan.

“Tindakan Kit Siang ini adalah tidak wajar. Ini seolah-olah menggambarkan cara Dap untuk menyebar ideologi dengan ‘menyerang’ sistem pendidikan di negara ini,” katanya kepada media pada Selasa.

Menyentuh mengenai isu bantahan Dr. Maszlee Malik yang dikatakan tidak bersetuju dengan candangan untuk memasukkan silibus pembelajaran semua agama ke sekolah-sekolah, beliau berkata perkara tersebut wajar dengan peruntukan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Umum jelas, Perlembagaan Persekutuan menyebut agama Persekutuan adalah Agama Islam dan dengan klausa ini, Agama Islam boleh di ajar di sekolah-sekolah milik kerajaan dan ianya hanya kepada murid yang beragama Islam.

“Saya tidak nampak ini menjadi satu masalah kepada murid yang menganut agama lain kerana ini sudah di amalkan sejak berabad yang lalu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.