DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Selasa, 28 Mei 2019

Kenyataan Shafee hanyalah ‘cakap dabik dada’, kata peguam

Ho Kit Yen
Peguam Shafee Abdullah berdepan prosiding menghina mahkamah 
berhubung kenyataannya berkait kes rasuah SRC International 
Najib Razak.
 
KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam kes menghina mahkamah yang dihadapinya berhujah bahawa kenyataan yang dibuat beliau kepada media semasa perbicaraan kes rasuah SRC International Najib Razak hanyalah “cakap-cakap mendabik dada” peguam tersebut.

Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee berkata, “pembaca yang sederhana bijak” tentu dapat membezakan sama ada kenyataan itu menjatuhkan imej mahkamah.

Shafee didakwa membuat kenyataan berkenaan di luar Mahkamah Tinggi pada 7 Februari.

Beliau dilaporkan berkata, pasukan pembelaan akan memenangi perbicaraan rasuah SRC International itu sekiranya hakim tidak diganggu dan dipengaruhi.

Katanya, kemenangan boleh dicapai jika “hakim jujur, jika saksi tidak dilatih, dan jika keterangan tidak direkayasa”.

“Apakah hakim perbicaraan akan dipengaruhi berhubung keputusan yang bakal dibuat berhubung kes SRC berdasarkan apa-apa yang disebutnya (Shafee),”soal Harvinderjit ketika membuat permohonan di Mahkamah Tinggi supaya mengetepikan perintahnya membenarkan peguam negara memulakakan porisiding menghina mahkamah terhadap Shafee.

“Kenyataan itu tidak merujuk kepada hakim atau mana-mana prosiding dan tidak mempunyai apa-apa isu cuba mempengaruhi hakim,” katanya.

Peguam bersama, David Matthews berkata peguam negara, dalam memfailkan permohonan bagi mendapatkan lampu hijau meneruskan prosiding itu di mahkamah yang lain, sepatutnya menfailkannya di hadapan hakim perbicaraan SRC International, Nazlan GHazaki.

Mathews berkata, dengan memfailkan kes menghina mahkamah itu di depan Nazlan, tindakan peguam negara itu samalah seperti berharap hakim akan membuat keputusan yang menyebelahi beliau.

“Soalannya ialah kenapakah peguam negara perlu memfailkan kes itu di mahkamah lain sedangkan hakim perbicaraan merupakan pihak terbaik untuk menentukan sama ada kenyataan berkenaan bersifat menghina atau sebaliknya,” kata beliau.

Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi FiruzJ affril bersambung pada 14 Jun.

Sebelum perbicaraan hari ini bermula, Mathews menjelaskan kepada mahkamah mengenai satu laporan media bahawa Firuz “menyindir” peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan kerana memfailkan penghujahannya bagi pihak peguam negara.

“Saya tidak fikir Yang Arif membuat kenyataan itu sedemikian rupa.

“Saya fikir mahkamah patut diberitahu perkara ini kerana laporan media tampak seperti memburukkan peguam kanan persekutuan,” katanya.

Firuz memberitahu Shamsul bahawa beliau tidak berniat membuat kenyataan yang akan menyusahkan dirinya.

ELBI RISALAH di 5/28/2019 06:38:00 PG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.