Isnin, 27 Mei 2019

Jualan kuih Raya di Pekan Rabu suram

Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani
Jualan kuih Raya di Pekan Rabu suram
Kompleks Pekan Rabu yang baharu mula beroperasi pada Febuari 2018.


ALOR SETAR: Tidak ramai yang mengetahui Pekan Rabu, Alor Setar telah beroperasi di lokasi asal selepas tapaknya dibina semula.

Lantaran atas faktor itu, tahun ini suasana dilihat suram dan tidak ramai yang mengunjungi.

Bagaimanapun bagi peniaga, ia bukan penghalang untuk mereka menghangatkan suasana menjelang Aidilfitri.

Walaupun mereka tidak dapat menjangkakan trend pelanggan berbelanja tahun ini, namun penyediaan kuih-muih tetap dipertingkatkan.

Bagi peniaga kuih karas, Suhaidah Ramli, dia mengakui hasil tempahan serta jualan berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

"Tahun ini kurang sikit jualan, mungkin sebab orang belum lagi dapat gaji.

"Pekan Rabu ni baru dibuka semula, mungkin juga orang tidak tahu. Harap-harap menjelang Aidilfitri, ramain mengunjung ke sini," katanya.

Manakala bagi peniaga kuih tradisional, Rosaini Razak, dia yakin jualan akan meningkat apabila Raya hampir tiba nanti.

"Bila sudah dekat Raya, dalam lima hari dah nak Raya, mesti ramai akan berkunjung ke sini kerana mereka semua pulang dari Kuala Lumpur," jelas Rosaini.

Sementara itu, bagi pengguna, mereka lebih berhati-hati ketika berbelanja.

Menurut seorang guru, Siti Haiza Johari, tahun ini dia hanya membeli kuih yang jarang didapati pada bulan yang lain.

 Kompleks Pekan Rabu yang baharu mula beroperasi pada Febuari 2018.

Seramai 243 orang daripada jumlah keseluruhan 347 peniaga telah berniaga di sini dengan menjalankan pelbagai jenis jualan.

Kompleks baharu empat tingkat itu dibina semula di tapak asalnya dengan kos sebanyak RM56 juta.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.