DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Selasa, 28 Mei 2019

Exco Perak: Aziz Bari sedia digugurkan

Bernama
Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari. (Gambar Bernama)

IPOH: Naib Pengerusi DAP Perak Abdul Aziz Bari bersedia jika digugurkan daripada barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak.

Pengerusi Jawatanakuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri itu berkata, sehingga hari ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat jika bakal dikekalkan atau sebaliknya.

“Ia merupakan tanggungjawab menteri besar dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan isu tersebut. Saya tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas program memasak bubur lambuk anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini, hari ini.

Menurut ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi itu, sepanjang pengetahuannya tidak mungkin akan berlaku pertukaran Exco.

“Sepanjang yang saya tahu, tidak akan ada perubahan. Kedudukan tetap status quo. Kita semua mewakili parti. Jika kita diarahkan pergi, kita pergi. Kita merupakan pemain 1 pasukan,” tambah beliau.

Terdapat ura-ura menyatakan Abdul Aziz akan digantikan dengan Adun Sungai Manik dari PPBM, Zainol Fadzi Paharudin.

Nama lain turut disebut-sebut mungkin digugurkan adalah Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari dari PKR yang dikatakan akan diganti dengan Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

ELBI RISALAH di 5/28/2019 06:30:00 PG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.