Rabu, 29 Mei 2019

Datuk Seri' dirakam tumbuk pengusaha restoran

MALAYSIAKINI


 
Seorang pengusaha restoran, yang mendakwa dirinya diserang oleh seorang ahli perniagaan dengan gelaran Datuk Seri dan sekumpulan lelaki berhubung pertikaian mereka di Facebook, tidak berpuas hari kerana polis masih belum menahan suspek berkenaan walaupun kejadian tersebut dirkamkan di CCTV.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Rajab Ahad Ismail berkata kes itu melibatkan banyak saksi dan pihaknya tidak boleh terburu-buru.

"Kami akan tangkap dan dakwanya (Datuk Seri) tidak lama lagi. Kertas siasatan hampir selesai,” katanya kepada Malaysiakini hari ini ini.

Rajab berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Mangsa, Lau Chan Ming, 53, memberitahu kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur, pada awal waktu pagi Isnin lalu dan dia membuat laporan polis pada hari yang sama.
Menurut laporan yang dilihat oleh Malaysiakini, pengadu berkata dia mengalami kecederaan pada leher dan muka.

Lau, yang menjalankan perniagaan restoran di luar negara dan kadang-kala kembali ke Malaysia untuk melawat keluarganya, berkata beliau berkenalan dengan ahli perniagaan itu di Facebook.

Kedua-duanya kerap melakukan sesi "Facebook live" dan mempunyai pengikut atau peminat masing-masing.

Lau berkata ahli perniagaan itu dan dirinya sering bertengkar dan berhujah di Facebook dan ini telah berlarutan selama bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apa yang mendorong serangan itu.
"Baru-baru ini, Datuk Seri itu dapat tahu saya ada pulang ke Malaysia dan dia tahu di mana saya tinggal melaui rangkaian rakannya," kata Lau kepada Malaysiakini.

Dia mendakwa bahawa pada hari kejadian, sekumpulan lelaki ingin bertemu dengannya dan dia bersetuju berbuat demikian untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cara baik tetapi menjadi sebaliknya.

"Jadi saya hentikan perbincangan dan pulang ke rumah. Beberapa jam kemudian, saya turun dari kondominium dan mereka menyerang saya,” katanya.

Rakaman CCTV menunjukkan beberapa lelaki mengepung Lau. Pertengkaran kemudian menjadi hangat sebelum dia diserang, dengan salah seorang daripada mereka menumbuknya berulang kali di muka.

Rakaman lain menunjukkan seorang lelaki lain yang dipercayai Datuk Seri itu keluar dari keretanya dan berjalan menuju Lau. Dia kemudian menumbuk Lau di muka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.