Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa
baginda, Sultan Johor dan menteri besar tidak tahu menahu berkaitan
projek hab pemindahan kapal ke kapal (STS) di negeri itu.
“Kerajaan negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian juga tidak
maklum berkenaan projek ini.
Kenyataan itu berbeza sama sekali dengan kenyataan Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad berkaitan projek itu.
Mahathir hari ini menolak dakwaan bahawa ia dibuat secara rahsia dan
sudah menjadi pengetahuan umum.
Mahathir juga berkata beliau hairan ketika ada pemberita yang
mendakwa padanya bahawa Tunku Ismail tidak tahu menahu berkaitan
projek itu.
Dalam kenyataan di Facebook hari ini, TMJ menegaskan apa sahaja yang
berada dalam jarak tiga batu nautika di perairan Johor, terutama
sekali perkara berkenaan tanah dan air, adalah hak mutlak negeri.
Baginda menyifatkan apa yang berlaku sebagai tidak mengikut
perlembagaan.
TMJ semalam berkongsi tulisan daripada sebuah Facebook, Gerakan
Muafakat Johor.
Facebook itu mendakwa projek STS Johor memanfaatkan kroni sesetengah
permintaan serta mendakwa Putrajaya tidak memaklumkan perkara itu
kepada kerajaan negeri.
“Kerajaan telah menandatangani instrumen ini tanpa mendapat
perkenan Majlis Raja-Raja,” titah baginda lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.