SPRM menahan seorang setiausaha politik
kerana disyaki menerima suapan seutas jam tangan yang dianggarkan
bernilai kira-kira RM28,000, hari ini.
Menurut sumber, lelaki 47 tahun itu
ditahan kira-kira pukul 5 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya
ketika hadir memberi keterangan.
Difahamkan siasatan awal mendapati
lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan
membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek
sebuah kementerian.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)
SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut
Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.