SPRM menahan seorang pegawai Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub kerana disyaki menerima
suapan seutas jam tangan yang dianggarkan
bernilai kira-kira RM28,000, hari ini.
Salahuddin dalam kenyataannya berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak SPRM berhubung penangkapan itu.
"Saya
tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM dan saya akan membiarkan
undang-undang mengambil tempatnya. Dia juga seperti rakyat Malaysia lain
yang tertakluk kepada undang-undang.
"Saya berpegang
teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya
SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas," katanya.
Terdahulu,
Bernama melaporkan lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pada
pukul lima petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya ketika memberi
keterangan.
Laporan yang memetik sumber itu berkata
lelaki itu dipercayai menerima jam tangan itu sebagai dorongan agar
sebuah syarikat mendapat projek-projek kementerian.
Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki dipetik mengesahkan
penahanan itu dan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta
SPRM 2009.
Azam juga berkata SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki itu esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.