DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Selasa, 2 April 2019

Setiausaha politik menteri terima jam mewah direman 4 hari

Bernama
Setiausaha politik menteri itu ditahan pada jam 5 petang semalam 
di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.
 
PUTRAJAYA: Seorang setiausaha politik menteri direman 4 hari bermula hari ini berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000.

Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 47 itu sehingga 5 April ini.

Semalam, suspek tersebut ditahan pada kira-kira 5 petang di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementerian terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009

ELBI RISALAH di 4/02/2019 01:32:00 PTG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.