Nik Hafizul Baharuddin
KUALA LUMPUR - Kesesakan teruk berlaku di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman
(TAR) di sini hari ini ekoran penutupan laluan itu oleh Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL).
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, masalah
berpunca daripada kesesakan ‘bottleneck’ di susur keluar Jalan Esfahan
bersebelahan pusat beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu.
Penutupan
yang dilaksanakan secara percubaan sejak minggu pertama April itu
menyebabkan pengguna tiada pilihan melainkan melencong ke Jalan Esfahan
yang mempunyai jarak kira-kira 100 meter sahaja sebelum dipisahkan
persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Laut.
Keadaan
trafik yang bergerak perlahan di Jalan Esfahan itu sekali gus
mengundang kesesakan di Lorong Tuanku Abdul Rahman 2, Jalan Bunus dan
Lorong Gombak yang menghubungkan Jalan Esfahan termasuk Jalan Mara dan
sebahagian Jalan Raja Laut.
Situasi itu
berlaku apabila orang ramai mengambil peluang sempena cuti hujung minggu
berkunjung ke lokasi tumpuan di sekitar Jalan TAR. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.