Rabu, 24 April 2019

'Profesor kangkung tanda menteri PH turun ke tahap rendah akhlak'

MALAYSIAKINI

   

Penerangan kerajaan berkaitan Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum ( Icerd) telah sampai ke tahap tidak wajar, kata pemimpin Umno.

“Tindakan menteri luar negeri memberi gelar ‘profesor kangkung’ kepada sekumpulan ahli akademik yang memberi pandangan tidak selari dengan kerajaan dalam isu Statut Rom sangat menghina dan tidak wajar.

“Dalam keghairahan menteri luar memberi penerangan mengenai kegagalan kerajaan mendapat ‘sokongan’ ramai dalam isu Statut Rom - ia tidak wajar sampai ke tahap rendah akhlak seperti ini,” kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Reezal Merican Naina Merican.

Reezal mengulas kenyataan Saifuddin Abdullah semalam yang menghentam pihak yang didakwa memanipulasi fakta berkaitan Statut Rome, termasuk ahli akademik “profesor kangkung”.
Saifuddin dalam wawancara di Wisma Putra kelmarin.
Dalam kenyataan hari ini, Reezal berkata sebagai “aktivis masyarakat dan kebebasan bersuara”, Saifuddin telah menyanggah prinsip dirinya sendiri.

“Kegagalan menghormati pandangan orang lain ini seperti ini cukup mengecewakan,” katanya yang juga anggota parlimen Kepala Batas.

“Terimalah hakikat, menteri luar negeri sendiri, pada hakikatnya, telah gagal sama sekali membentuk public opinion (pandangan awam) yang positif dalam isu Statut Rome dan Icerd.

“Ini kegagalan yang bukan kecil malah memalukan seluruh pimpinan kerajaan dan anggota kabinet.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.