BERDASARKAN kaji
selidik terbaru Merdeka Center yang dibuat pada 5-11 Mac 2019 dan yang
disiarkan hari ini, 26 April 2019, PH akan kalah kalau dibuat PRU semula
dalam waktu terdekat.
Ini kerana tahap kepuasan hati rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan
pada 11 Mac 2019 jatuh merudum kepada 39 peratus sahaja berbanding:
(1) 79 peratus pada 31 Mei 2018.
(2) 72 peratus pada 19 Julai 2018.
(3) 66 peratus pada 16 Ogos 2018.
(4) 57 peratus pada 30 September 2018.
(5) 58 peratus pada 30 Oktober 2018.
(6) 54 peratus pada 27 Disember 2018.
(7) 52 peratus pada 29 Januari 2019.
Tiada guna untuk kita selaku seorang
Menteri meletakkan markah 60 peratus, 65 peratus atau 70 peratus ke atas
prestasi diri kita sendiri jika rakyat hanya memberikan markah 39
peratus sahaja kepada Kerajaan Persekutuan yang kita anggotai.
Berdasarkan kaji selidik ini juga,
tahap kepuasan hati rakyat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Mac
2019 didapati turut jatuh kepada 46 peratus sahaja berbanding:
(1) 83 peratus pada 31 Mei 2018.
(2) 79 peratus pada 19 Julai 2018.
(3) 71 peratus pada 16 Ogos 2018.
(4) 67 peratus pada 30 September 2018.
(5) 64 peratus pada 30 Oktober 2018.
(6) 59 peratus pada 27 Disember 2018.
(7) 58 peratus pada 29 Januari 2019.
Tun Dr Mahathir dan PH perlu melakukan
sesuatu perkara yang drastik bagi melonjakkan balik tahap kepuasan hati
rakyat terhadap beliau selaku Perdana Menteri dan terhadap PH selaku
Kerajaan Persekutuan.
Sudah pastilah dapatan kaji selidik
ini akan digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk menekan Tun Dr
Mahathir dan PH supaya membubarkan Parlimen atau untuk
sekurang-kurangnya akur kepada kehendak mereka.
Pada masa yang sama, dapatan kaji
selidik ini mungkin akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PH
untuk menekan Tun Dr Mahathir supaya mempercepatkan peralihan kuasa
kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Begitupun, walaupun Tun Dr Mahathir
sudah tidak lagi sepopular sebelum ini, beliau lebih popular berbanding
Kerajaan Persekutuan yang beliau ketuai menjadikan Kerajaan Persekutuan
yang lebih bergantung kepada beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.