Dalam satu kenyataan, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pelantikan Lajim adalah mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan, bukannya mewakili parti politik yang beliau anggotai.
Azhar memberi respons terhadap kenyataan badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 sebelum ini yang mempersoalkan sikap saksama Lajim yang dilihat berperanan sebagai pemerhati pilihan raya SPR semasa hari penamaan calon pilihan raya kecik (PRK) Sandakan Sabtu lepas.
Bersih 2.0 dalam kenyataannya pada 28 April meragui sikap neutral bekas presiden Parti Harapan Rakyat Sabah itu yang kini menyertai PPBM sebagai seorang pemerhati pilihan raya.
Menurutnya tindakan melantik pemerhati pilihan raya perlu selari dengan piawaian ditetapkan Deklarasi Prinsip Global untuk Pemerhati dan Pemantauan Pilihan Raya Non-Partisan oleh Organisasi Sivil (Suruhanjaya Venice).
Lajim dilihat memakai baju rasmi pemerhati SPR pada hari tersebut.
Azhar berkata, SPR menetapkan 6 kriteria bagi pemilihan dan pelantikan pemerhati, iaitu agensi kerajaan kelayakan, badan bukan kerajaan atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat (bagi syarikat tidak bermatlamatkan keuntungan), individu warganegara Malaysia yang berkemahiran dan boleh menyumbang kepada penambaikan proses pilihan raya, melaksanakan aktiviti yang dekat dengan masyarakat, bersikap berkecuali dan mematuhi kod etika dan akujanji pemerhati.
“Dalam pemilihan dan pelantikan pemerhati SPR, kelayakn permohonan individu atau organisasi adalah dinilai mengikut kriteria ditetapkan,” kata beliau.
“Pemilihan Lajim Ukin adalah mewakili kategori agensi kerajaan berkelayakan, iaitu Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Piliha Raya (ERC) dan tidak mewakili parti politik yang dianggotai.”
Selain itu katanya, SPR juga menyediakan Akujanji yang perlu ditanda tangani pemerhati yang dilantik dan merupakan ikrar yang perlu dipatuhi semasa bertugas.
“Jika terdapat pemerhati yang tidak mematuhi dan melanggar Akujanji berkenaan, mereka boleh digugurkan dan boleh disenarai hitam daripada menjadi pemerhati dalam mana-mana pilihan raya,” kata beliau.
Azhar juga berkata, SPR sentiasa peka berhubung isu dibangkitkan Bersih 2.0 dan pihak berkepentingan lain dan akan bertindak sewajarnya, termasuk mengkaji kriteria pemilihan pemerhati pilihan raya setelah menerima maklum balas mengenainya.
PRK Sandakan yang dijadualkan 11 Mei depan menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara Vivian Wong mewakili DAP/Pakatan Harapan (PH); naib presiden PBS, Linda Tsen dan 3 calon Bebas, iaitu Hamza Abdullah, Chia Siew Yung dan Sulaiman Abdul Samat.
Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian penyandangnya, pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong pada 28 Mac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.