PARTI Islam Se-Malaysia
(PAS) melahirkan kekesalan ekoran penangkapan seorang pendakwah bebas,
Muhammad Zamri Vinoth yang didakwa kerana menghina agama lain.
Menurut laporan beberapa akhbar,
terdapat beberapa belas laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh
beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang lima hari lalu.
PAS ingin mengingatkan ratusan laporan
polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan
terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang celupar menghina Islam
dan berpotensi mencetuskan konflik perkauman.
Contohnya, laporan polis terhadap
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) P.Ramasamy yang dikaitkan
dengan organisasi pengganas LTTE pada bulan Julai 2018.
Kemudian, laporan polis terhadap Menteri
P. Waytha Moorthy yang menabur fitnah tentang kezaliman yang dilakukan
oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini pada bulan
November 2018.
Selain itu, laporan polis juga dibuat
terhadap seorang exco Selangor V Ganabatirau (DAP) yang mengaitkan
rusuhan robohan kuil dengan umat Islam.
Banyak lagi laporan polis telah dibuat
ke atas pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan
Chew Chong Sing rentetan kenyataan mereka yang mengundang kemarahan umat
Islam.
Namun, apakah tindakan susulan yang
telah diambil ke atas mereka? Adakah ini yang dimaksudkan dengan
kedaulatan undang-undang di bawah Malaysia Baharu?
Islam Memimpin
*NASRUDIN HASSAN.Ketua Penerangan PAS Pusat
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.