SHAH ALAM – Dua daripada 61 saksi
untuk membantu siasatan kejadian rusuhan kuil di Seafield dekat sini
pada 27 November 2018 dianggap penting kerana melihat sendiri sekumpulan
perusuh bertindak.
Bagaimanapun menurut Pegawai Penyiasat
Kanan Jenayah Subang Jaya, Liew Keng Joe tiada seorang pun yang
menyaksikan dengan jelas siapa yang dipukul hanya seorang sahaja yang
melihat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Kassim dikerumuni.
“Rakaman keterangan seramai 61 saksi, 29
saksi awam, ada mana-mana saksi boleh ceritakan atau nampak dengan jelas
apa yang berlaku kepada mangsa. Ada dua saksi penting Naresh kedua Suresh.
“Naresh (R. Narresh) dirakam tiga kali
pertama mengatakan dia orang pertama jumpa mangsa tapi kali keempat dia
mengatakan dia orang kedua selepas Suresh (S. Suresh).
“Suresh ketika diambil keterangannya nampak sekumpulan mengerumuni mangsa dia pun sendiri ditendang dari belakang oleh siapa pun tak tahu.
“Untuk kes ini saksi Nasarudin
(Nasaruddin Abdullah) nampak seseorang mengerumuni sesuatu membuat
pergerakan memukul menyepak tetapi tidak nampak siapa yang dipukul,”
katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini sebagai saksi-28 hari ini.
Terdahulu Keng Joe memaklumkan keterangan
29 saksi awam telah dirakam, 14 orang pegawai dan anggota bomba, tujuh
orang doktor pakar Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Institut Jantung
Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 11 orang anggota
polis.
Beliau dalam masa yang sama memaklumkan
Unit Forensik Bukit Aman ketika membuat pemeriksaan terhadap jentera FRT
dan van EMRS tidak menemui cap jari yang cukup sifat untuk mengaitkan
mana-mana individu terhadap kejadian malam rusuhan di Kuil Sri Maha
Mariamman.
“Pada 28 November 2018 10:30 malam sepasukan makmal forensik PDRM telah
membuat pemeriksaan cap jari van dan jentera, mendapati kebanyakan
adalah tidak cukup sifat tidak ada boleh dikaitkan mana-mana individu,”
jelasnya. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.