SHAH ALAM: Malaysia dilihat
tersisih dari pembangunan untuk digelar sebagai negara maju menjelang
tahun 2020 seperti yang diimpikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Pakar ekonomi, Tan Sri Kamal Salih berkata kerajaan ketika ini berdepan cabaran baharu dalam mengejar ekonomi Malaysia yang ketinggalan sekitar lima hingga 10 tahun.
“Jadi mengapakah kita begini ketinggalan? Ia adalah satu persoalan besar kepada kerajaan baharu ini. Bagaimana kita menggerakkan semula tenaga, inspirasi, idea serta institusi untuk menjana kembali dan menggerakkan satu sistem yang boleh melonjakkan kepada landasan asal yang telah diolahkan Dr Mahathir,” katanya pada forum bertajuk ‘Membina Institusi Sosioekonomi yang Mapan untuk Mendepani Cabaran Abad ke-21’ seiring Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia yang berlangsung hari ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Ujarnya, punca utama kepada isu ini adalah disebabkan oleh kegagalan institusi.
“Dalam konteks ini, kerajaan memainkan peranan yang positif tapi apa yang menjadi masalah kepada negara kita adalah institusi-institusi yang kita harapkan itu telah mengecewakan kita.
“Tidak kira sama ada undang-undang, eksekutif, legislatif - semua perlu memainkan peranan yang sepatutnya.
“Penumpuan atau pemusatan kuasa eksekutif adalah punca utama kegagalan institusi-institusi negara kita dan ini adalah sesuatu yang kita patut cuba kukuhkan kembali,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Dr Mahatir menegaskan bahawa Malaysia tidak mampu mencapai status negara maju pada tahun 2020 sebaliknya beliau mensasarkannya dikecapi pada tahun 2025.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.