Dua
pekerja telah mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Central
Medical Facility untuk menerima rawatan lanjut. - Persatuan Bangsa
Johor/facebook
JOHOR BAHRU: Satu pasukan pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah diarah menjalankan siasatan ke atas kejadian kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, awal pagi Jumaat.
Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Pengarah JKKP Johor memaklumkan pasukan penyiasat itu masih lagi menunggu keadaan selamat dan stabil sebelum memulakan siasatan.
"JKKP memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam."
JKKP menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang kenyataan atau komen yang mengelirukan berhubung kejadian.
BACA: Dua cedera dalam letupan, kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang
BACA: Petronas sahkan letupan, kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.