DIMAKLUMKAN PAS Pusat
membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan
Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan
Pembela Ummah (UMMAH).
Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah
dan mengerah seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS untuk hadir ke Program
Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang
akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:
Tarikh: 4 Mei 2019 (Sabtu)
Masa 1.00 tengah hari hingga 4.00 Petang
Tempat: Masjid Jamek Kuala Lumpur dan hadapan Sogo, Jalan Tar, KL
Objektif Himpunan
1. Bantahan Ancaman terhadap Kedaulatan Islam di Malaysia
2. Isu Rome Statute
3. Keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib
4. Isu Bahasa – UEC & PPSMI
5. Desakan ‘Pecat’ Peguam Negara
6. Isu-isu berkaitan penderitaan rakyat
7. Isu-isu berkaitan
Penyertaan
1) Pimpinan Gerakan NGO Utama Malaysia
2) Pimpinan Parti-parti Politik Melayu / Islam
3) Pimpinan Gerakan Mahasiswa dan Belia
4) Pimpinan Masyarakat Madani
5) Anggota Masyarakat Cakna Pelbagai Kaum
6) Seluruh Rakyat Pelbagai Kaum
Aturcara
1) Solat Zohor di Masjid Jamek, Kuala Lumpur
2) Bergerak ke SOGO
3) Ucapan Pimpinan NGO dan Parti Politik
4) Deklarasi Rakyat 5) Bersurai
Justeru
itu semua pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri/WP, kawasan, cawangan dan
dewan-dewan (semua peringkat) diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi
menghadiri himpunan tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa
semaksimum mungkin para penyokong PAS ke program ini sebagai menzahirkan
semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu berkenaan.
Sila
dengan segera edarkan arahan ini ke semua peringkat parti di bawah
pentadbiran saudara/i bagi menjayakan himpunan penting ini. Kerjasama
serta tindakan segera pihak saudara/i amatlah dihargai dan diucapkan
jazakumullahu khairan kathiraa.
“Islam Memimpin”
DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN, JP.
Setiausaha Agung
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.