Sabtu, 9 Mac 2019

UMNO-PAS akan menang ...


UMNO-PAS akan menang PRK Rantau ini. UMNO-PAS akan menang semua kawasan majoriti Melayu.

UMNO-PAS akan menang PRU-15. Kebanyakan orang Melayu menolak Malaysia Baharu.

 Mereka mahukan Malaysia Lama kembali. Mereka tak suka Rule of Law. Mereka suka Kautim. 

Mereka suka korupsi. Mereka suka guna kabel dan orang dalam. Mereka junjung entitlement mereka sebagai orang Melayu. Mereka tak suka kebebasan bersuara dan berfikir. 

Mereka hanya mahukan suara orang Melayu dan Islam mazhab Syafii. Mereka tak suka kepelbagaian dan fikiran terbuka.

 Mereka tak suka disiplin. Mereka suka wang tunai percuma. Mereka suka bantuan. Mereka suka subsidi. Mereka juga menolak Reformasi. Mereka mahu status quo kekal

 Mereka tolak Rahmatin Lil Alamin. Mereka mahukan Rahmatin Muslimin saja. Malaysia Baharu, Reformasi dan Rahmatin Lil Alamin terlalu berat bagi mereka. 

Mereka malas berfikir berat berat. Mereka malas bekerja berat berat. Mereka mahukan sentiasa dipuji. 

Mereka menolak PKR, DAP dan Amanah. Mereka hanya boleh terima Bersatu, itupun jika Bersatu jadi UMNO 2.0. 

Sebahagian mereka menyokong Tun dengan harapan Bersatu jadi UMNO 2.0 yang lebih baik daripada UMNO. 

Mereka berharap di bawah Tun, PH akan jadi BN 2.0. Tetapi apabila melihat Tun tak jadikan PH sebagai BN 2.0, maka ramai yang antaranya kembali pada UMNO, bermula dari PRK Semenyih. 

Maka Anwar akan hanya jadi PM selama dua tahun.

 Kecuali jika Anwar tinggalkan Reformasi dan jadikan PKR sebagai UMNO 2.0.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.