Selasa, 5 Mac 2019

Tan Sri antara direman seleweng dana kuil

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Seorang bergelar Tan Sri dan dua individu hari ini direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah dimiliki kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

Majistret Nik Muizuddin Nik Muhammad mengeluarkan perintah itu di Mahkamah Majistret di sini.
Ketiga tiga individu berkenaan juga bertanggungjawab menguruskan kuil Hindu di Batu Caves, Selangor.

Penahanan mereka bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembangunan sebidang tanah milik kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar di ibu negara.

Pagi tadi, sepasukan pegawai penyiasat SPRM menyerbu rumah pegawai tinggi berkenaan.
SPRM turut menggeledah pejabat pengurusan kuil di Batu Caves.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.