KUALA LUMPUR: Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan ke atas
2,823 akaun media sosial yang terlibat aktiviti penyamaran dari 2018
hingga pertengahan bulan ini, dengan 80 peratus daripadanya telah
dipadamkan selaras dengan terma dan syarat platform masing-masing.
Ketua Pegawai Sektor Pematuhan MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada aktiviti penyamaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial.
"Kesemua tindakan ini diambil susulan aduan orang ramai. Tindakan tegas boleh diambil ke atas pihak yang melakukan kesalahan berpandukan kepada peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain penutupan akaun dengan kerjasama pihak penyedia platform media
sosial, Zulkarnain berkata pendekatan lain yang diambil adalah tindakan
penguatkuasaan dan kempen advokasi.
Beliau menggesa pengguna yang menjadi mangsa supaya membuat laporan secara terus kepada pihak penyedia platform media sosial atau MCMC.
Katanya lagi, MCMC melaksanakan program seperti Klik Dengan Bijak (KDB) untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah. Program itu telah menjangkau lebih lima juta audiens sejak diperkenalkan pada 2012.
Menurut kenyataan itu, tahap penggunaan internet dalam kalangan rakyat adalah tinggi iaitu 28.7 juta orang, dengan memetik sumber daripada Kajian Pengguna Internet 2018 MCMC. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.