Mereka yang terlibat dalam kekecohan di seberang jalan
Restoran Amjal, di pintu masuk Universiti Malaya di Kuala Lumpur ketika
majlis sembang santai bersama bekas perdana menteri Najib Razak akan
dikenakan pertuduhan di mahkamah tidak lama lagi.
"Pihak Polis Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di mana 15 laporan telah dibuat dan 28 rakaman percakapan telah diambil dan siasatan telah selesai.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak AG semalam dan telah dapat keputusan.Tindakan selanjutnya akan diambil untuk membuat pertuduhan terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang berkaitan," maklum beliau kepada Malaysiakini.
Mazlan berkata pihak polis merekodkan kenyataan daripada 28 individu mengenai kejadian tersebut.
Plakad karikatur sindir Najib
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam yang mengetuai beberapa penyokongan mengoyakkan plakad karikatur berkenaan.
Ketika kekecohan, seorang lelaki mencekik pelajar UM Wong Yan Ke dari belakang dan memukulnya.
Pemimpin Umno itu juga menyifatkan penuntut UM terbabit sebagai "penyokong DAP" yang sepatutnya berterima kasih kepada penyokong Najib yang menyelamatkannya daripada dipukul.
Seorang anggota Umno juga membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan mendakwa pelajar terbabit melakukan provokasi.
Selepas kekecohan itu, Lokman dan pemimpin akar umbi Umno mendekati dua wartawan pelatih Malaysiakini yang membuat liputan majlis sembang santai Najib itu.
Kedua-dua pemimpin Umno yang terkejut dengan laporan Malaysiakini mengenai kejadian pelajar UM dan penyokong Najib itu kemudiannya mengasari dua wartawan pelatih itu secara fizikal dan lisan.
Wartawan pelatih Malaysiakini telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.