Ahad, 24 Mac 2019

Sesak 8km di Hulu Selangor, Azhan Rani desak wakil rakyat turun padang

Shawaliah Hadir
KUALA LUMPUR – Pelakon drama yang pernah menjadi fenomena tahun lalu Azhan Rani hari ini menerusi Instagramnya mendesak wakil rakyat Hulu Selangor menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di kawasan tersebut.

Beliau kesal kesesakan lalu lintas sepanjang 8 kilometer dari arah Kuala Kubu Bharu menuju Batang Kali dan Kuala Lumpur itu telah lama berlarutan dan semakin buruk apabila musim cuti atau pun hujung minggu.

“Siapa yang pernah pergi Hulu Selangor ..Ini pemandangan biasa kalau Sabtu Ahad atau hari cuti.. Kadang-kadang hari biasa pun macam ni .. Hampir 8km panjang berdengkot-dengkot nak lepaskan simpang Batang Kali dari arah Kuala Kubu Bharu ke ke Batang Kali hala ke Kuala Lumpur…
Jammed dari simpang pekan Rasa lagi.. lama aku nak cakap pasal ni..

“Tak kisah la siapa pun yang jaga kawasan hulu selangor ni.. ada perasaan tak atau terdetik nak selesaikan masalah ni? tulisnya.

Azhan juga dalam masa yang sama mempelawa agar wakil rakyat dan sesiapa pihak berwajib untuk sama-sama merasai kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

“Cuba lain kali datang melawat kawasan Hulu Selangor ni masa-masa macam ni sama-sama rasakan traffic jam tradisi turun temurun ni..

“Janganlah pakai escot polis traffic halau kita orang ketepi korang laju je… try rasa sama-sama nikmat jammed ni,” tambahnya.

Azhan Abdul Rani, 43 menegaskan luahan rasanya itu tidak mempunyai kaitan dengan unsur politik sebaliknya demi tanggungjawab yang sepatutnya diberikan terhadap penduduk di Hulu Selangor.

“Posting ni takde berbaur politik ye.. yang bunyi2 politik kat sini gua buang ye.. semak.. Ni soal tanggungjawab dan kesedaran untuk kami di Hulu Selangor ni zaman berzaman..,” katanya lagi.

Untuk rekod, Hulu Selangor merupakan kerusi Parlimen di bawah PKR yang mana Ahli Parlimennya adalah Leow Hsiad Hui sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.