KUALA LUMPUR – Semua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) di kalangan Ahli Parlimen pembangkang meletakkan jawatan
berkuatkuasa serta-merta sehingga pengerusi baharu dilantik.
Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, keputusan diambil kerana kecewa
dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menunaikan janji
manifesto untuk melantik Pengerusi PAC di kalangan ahli Parlimen
pembangkang.
Jelas beliau, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald
Kiandee buat masa ini bertentangan dengan janji manifesto kerana Ronald
telah menyertai parti komponen PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu).
“Kalau diteruskan bermakna Pengerusi dari PH,
Timbalan Pengerusi PAC juga dari PH. Maknanya, gabungan itu ada kuasa
sepenuhnya dalam PAC sedangkan tujuan melantik ahli Parlimen pembangkang
supaya PAC boleh menjadi semak dan imbang berkesan untuk kerajaan.
“Kita nampak ini satu penyelewengan daripada
segi janji, walaupun kita tahu janji lain tidak ditepati tetapi
transformasi Parlimen ini diharapkan dapat dilaksana.
“Kita tidak akan berada dalam PAC sehingga
kerajaan berikan jawatan pengerusi kepada pembangkang,” katanya pada
sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ismail berkata, berdasarkan keputusan dalam
kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), pihaknya telah
mencadangkan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini untuk menjadi
pengerusi.
Ahli PAC di kalangan Ahli Parlimen pembangkang melibatkan dua dari
BN iaitu Noraini dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta
seorang dari Pas iaitu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin
Hassan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.