Khamis, 7 Mac 2019

Rara bercerai talak satu


   

Perkahwinan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari Young Shefura Othman dan Muhamad Masyhur Abdullah berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hadir bersama ke mahkamah tersebut Young Shefura dan Muhammad Masyhur kelihatan tenang dan berbual-bual sebelum prosiding bermula.

Ketika melangkah masuk ke dewan mahkamah, mereka turut kelihatan tenang.

Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah sempat bertanya: “Kamu berdua nampak Ok sahaja”.

Namun kelihatan Young Shefura, wakil rakyat muda DAP itu, menggelengkan kepala dan prosiding tersebut diteruskan.

Muhammad Masyhur ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata:

"Saya Muhammad Masyhur Abdullah dengan ini menceraikan isteri saya, Young Shefura Othman dengan talak satu.”

Lafaz itu dibuat jam 11.40 pagi tadi.

Mohd Saifullah membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.

Pada 1 Mac lalu, Muhammad Masyhur memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Sebelum bermulanya prosiding itu, Muhammad Masyhur turut meminta pemberita memberikan ruang kepada dia dan Young Shefura.

“Sila bagi sedikit privacy kepada kami,” katanya.

Kedua-dua mereka hadir ditemani Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil.

Young Shefura dan Muhammad Masyhur berkahwin pada 24 September 2016.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.