Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, di Putrajaya,
dilanda ribut kencang dan hujan lebat selama 30 minit pada lewat petang
tadi menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan.
Katanya jentera bomba dengan kekuatan 18 anggota tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.16 petang.
"Apabila sampai di lokasi kejadian didapati tiga pokok tumbang dan menghalang laluan jalan utama," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Che Shaari berkata kerja-kerja pembersihan pokok tumbang itu selesai pada pukul 7.58 malam.
Gambar dan rakaman video pokok tumbang menghempap kenderaan akibat kejadian ribut itu tular di media sosial.
Beberapa rumah penduduk dilaporkan turut rosak terutamanya pada bahagian bumbung, selain menyebabkan kerosakan kemudahan awam dan taman permainan kanak-kanak.- Bernama
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.