Khamis, 7 Mac 2019

PAS, Umno, MCA kecam kenyataan Guan Eng

MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Pemuda PAS, Umno dan MCA mengecam tindakan pimpinan DAP yang dilapor menyifatkan kerjasama antara PAS dan Umno membahayakan golongan bukan Islam.+
 
Hari ini mereka tampil menyerah memorandum bantahan terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tersebut.
 
Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan pemimpin DAP terbabit disifatkan sebagai bahaya dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
 
"Walaupun berita itu telah diubah tetapi tetap mengambarkan kenyataan itu merbahaya dan bersifat mengasut.
 
"Jadi kami hadir pada hari ini untuk menghantar memorandum untuk mendesak Lim Guan Eng meminta maaf secara terbuka dan meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan," katanya selepas menyerah memorandum kepada wakil DAP di sini.
 
Bagaimanapun bangunan kayu dua tingkat yang menempatkan pejabat DAP Kelantan di Batu 2 Jalan Kuala Krai tidak ada petugas.
 
Mereka meletak memorandum tersebut di tingkat bawah bangunan berkenaan.
 
Semalam sebuah laman berita melaporkan Guan Eng memberi amaran bahawa gabungan PAS-Umno akan mengisyiharkan perang terhadap orang bukan Melayu.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor dan Pengerusi MCA negeri Chua Hock Kuan. - HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.