JERAI: Biarpun Parti
Amanah Negara (PAN) mendakwa semakin mendapat sambutan namun parti itu
ketandusan pemimpin di peringkat akar umbi untuk dilantik menganggotai
Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK).
Ketua Bersatu Cawangan Titi Teras, Yan
Zahani Man berkata, biar pun tidak mempunyai ahli di peringkat cawangan
namun PAN masih lagi mahu kuaota untuk mereka.
Katanya, sehingga sekarang mereka belum lagi dapat menyelesaikan pelantikan itu kerana kekurangan ahli.
“Apa yang berlaku sekarang PAN mahu
menguasai MPKK di cawangan tersebut biar pun parti terbabit tidak
mempunyai cawangan dan ahli di situ,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.