Ahad, 10 Mac 2019

MP gesa DBKL luluskan perarakan kuil 120 tahun

MALAYSIAKINI

   

Anggota Parlimen Batu Gajah V Sivakumar menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perarakan pedati Kuil Sri Thandayuthapani di Sentul yang dijadual berlangsung pada 21 Mac ini.

"Saya amat kecewa dengan (larangan DBKL). Ia telah menimbulkan perasaan marah kaum India terutama penganut Hindu di negara kita. Adakah langkah ini sengaja dilakukan dengan niat tertentu?

"Saya mohon Menteri Wilayah Khalid Samad memandang serius perkara ini dan meluluskan permohonan permit perarakan...Jika tidak nama baik Pakatan Harapan (PH) akan tercemar dan memberi kesan negatif menjelang PRK Rantau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan DBKL tidak membenarkan perarakan itu yang dikatakan telah berlangsung selama 120 tahun.




Ia sempena perayaan 'Panguni Uthiram' yang disambut penganut Hindu di Malaysia pada bulan Mac setiap tahun.

Presiden Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia (PAR) A Chandrakumanan berkata DBKL memaklumkan larangan itu menerusi surat bertarikh 5 Mac 2018 kepada pihak kuil.
Beliau berkata surat itu tidak menjelaskan sebab permohonan kuil ditolak.

"Sehingga tahun lepas DBKL tidak menolak permohonan pihak kuil. Sekarang hanya satu tahun di bawah Pakatan (Harapan). Permit perarakan ditolak," katanya kepada Malaysiakini.

Kuil Sri Thandayuthapani Sentul antara kuil tertua di ibu kota dan mengadakan perarakan itu sejak 1899.

Untuk tahun ini, pihak kuil merancang mengadakan perarakan pedati pada 21 Mac bermula di Leboh Ampang pukul 5.30 pagi dan sampai ke kuil Sentul) pada 9 pagi, sebelum pulang dari kuil pada pukul 9 malam ke Leboh Ampang pukul 12 tengah malam.

Anggota Parlimen Batu P Prabakaran berkata beliau akan berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkenaan perkara itu esok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.