ISMA WEB
UMNO, PAS tak perlu tunggu PRK tetapi fokus berdepan PRU
BANGI
– “Lim Guan Eng sudah pun melenting. Beliau sudah kepanasan. Beliau
tahu perancangan DAP tidak akan berjaya jika orang Melayu tidak
berpecah.” Demikian kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid
Mohamad, hari ini.
Beliau
berkata, kerjasama yang terbentuk secara rasmi antara UMNO dan PAS pada 5
Februari lalu, orang Melayu kini mempunyai alasan yang kukuh untuk
berdiri di belakang rangkaian kedua-dua parti itu bagi melakukan
‘reverse tsunami’ lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
nanti.
“5 Mac
2019 adalah satu hari bersejarah dalam kerjasama UMNO dan PAS. Pada hari
itu, UMNO dan PAS, secara formal, telah menjalin kerjasama dalam
menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.
“Dengan
UMNO yang lebih bersih dan PAS yang lebih fokas kepada isu-isu
kenegaraan, orang Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berdiri di
belakang rangkaian UMNO-PAS untuk melakukan “reverse tsunami” yang lebih
besar di PRU 15.
“… dan
menguatkan semula perpaduan orang Melayu, demi untuk mempertahankan
hak-hak mereka, bukan untuk mengambil hak orang lain. Untuk itu, orang
Melayu tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa,” katanya.
Oleh itu,
Abdul Hamid berkata, UMNO dan PAS tidak sepatutnya hanya menunggu
berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk bekerjasama, sebaliknya
kedua-dua parti perlu memikirkan PRU15 dan selepasnya.
“Apakah
formula yang patut dilaksanakan? Pertama sekali, perlu ada persetujuan
untuk mengelak pertandingan tiga penjuru PH-UMNO-PAS, sekurang-kurangnya
selain daripada di Kelantan dan Terengganu (perbincangan ini tertumpu
kepada Semenanjung Malaysia sahaja).
“Bagaimana
pembahagian kerusi akan dilakukan? Ini terserahlah kepada kebijaksanaan
UMNO dan PAS. Yang pentingnya ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS
hendaklah mengetepikan kepentingan diri dan parti.
“Mereka
hendaklah menumpukan kepada matlamat memenangi jumlah kerusi yang paling
banyak bagi kedua-duanya untuk membolehkan mereka, bersama-sama
parti-parti lain yang sehaluan dan bersetuju menyertai mereka, menubuh
Kerajaan Persekutuan,” katanya menulis dalam laman web peribadi beliau, hari ini.
Abdul
Hamid juga memberi cadangan mudah iaitu kawasan yang dimenangi oleh
Barisan Nasional (BN), diberikan kepada calon gabungan itu untuk
bertanding dan kawasan yang dimenangi PAS diberi kepada parti itu untuk
bertanding.
“Bagi
kawasan yang kedua-duanya kalah, ia hendaklah diberi kepada parti yang
mendapat undi yang lebih banyak. Ini adalah “general rule”. Yang lainnya
tertakluk kepada persetujuan.
“Bagaimana
dengan kedudukan parti-parti lain yang berada dalam BN? Terserahlah
kepada mereka.
Jika mereka ingin keluar, mereka dipersilakan keluar.
Jika ingin terus bersama, boleh, tetapi mereka perlu buktikan kejujuran
mereka terhadap falsafah perjuangan BN, dan bahawa mereka bukan “kiasu”,
bila menguntungkan, menumpang, bila merugikan, lari,” katanya.
Beliau
menegaskan, UMNO dan PAS tidak perlu risau untuk mendapat sokongan parti
bukan Melayu yang lain kerana, jika kerjasama UMNO dan PAS kuat dan
menunjukkan kejayaan, akan ada parti-parti bukan Melayu yang ingin
menyertainya.
Demikian
juga, katanya, UMNO tidak harus resah dengan ‘langau-langau’ yang lari
kerana tiada lagi darah untuk dihisap atau untuk menyelamatkan diri.
“Itu
antara hikmah kekalahan: Kita tahu, siapa kawan, siapa lawan. Kekalahan
BN adalah peluang UMNO untuk membersihkan parti daripada politik wang.
Ia juga adalah peluang bagi UMNO membersihkan parti daripada
pemimpin-pemimpin yang ‘corrupt’ dan yang menyalahgunakan kekuasaan
untuk kepentingan diri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.