PRK RANTAU | Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, R Malar memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas mengenai keputusannya bertanding pada PRK itu.
Malar berkata, beliau berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap Pakatan Harapan (PH) dan BN.
Katanya, semasa PRK Camerond Highlands, BN tidak membenarkan calonnya bercakap manakala PH juga melakukan hal sama di PRK Semenyih.
“Saya mahu protes kesedaran bahawa calon-calon harus bercakap supaya pengundi tahu bahasa dia dan bahasa badan dia.
“Untuk dua hari saya akan berdiam diri sehingga saya umumkan manifesto kepada pihak media,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon hari ini.
Ditanya adakah tindakan itu akan merugikannya, Malar menafikan perkara tersebut.
“Tak apa. Kura-kura memang perlahan, tapi menang juga,” katanya lagi.
Bawa pembangunan berasaskan Islam
Kata bekas pensyarah itu, dia bertanding kerana ingin mengambil ruang demokrasi yang disediakan.
Ditanya tentang keyakinannya untuk memang, Mohd Yasin ‘Kita masuk bertanding mesti menang,’.
PRK Dun Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi Dun berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.
PRK itu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Mohamad Hasan, calon PH Dr S Streram dan dua lagi calon Bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.