Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun meletakkan
jawatan sebagai presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) susulan
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) SIGC semalam memutuskan penarikan
semula larangan penjualan minuman keras di kelab golf itu.
“Dalam perlembagaan (SIGC) letak (tulis) boleh jual arak. Dalam perlembagaan juga letak saya sebagai presiden. Tapi saya akan letak jawatan sebagai menghormati keputusan.
“Saya belum sempat tulis (surat letak jawatan). Dalam masa terdekat saya akan tulis, tetapi pada dasarnya saya telah letak jawatan,” katanya, petik laporan akhbar itu.
EGM kelab itu sebulat suara menolak larangan dikenakan Aminuddin yang dikuatkuasakan pada Ogos tahun lepas.
Padang milik kerajaan negeri
Bagaimanapun Aminuddin tidak hadir mesyuarat berkenaan.
Aminuddin
sebelum ini menafikan dakwaan mengatakan beliau mengharamkan penjualan
minuman keras di SIGC dan menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat secara
muafakat oleh jawatankuasa SIGC.
Dilaporkan padang golf itu milik kerajaan negeri, manakala rumah kelab dan kemudahan sukan lain dimiliki 1,500 ahli SIGC.
Aminuddin pada 21 Mac lalu menegaskan beliau akan melepaskan jawatan Presiden SIGC sekiranya EGM berkenaan memutuskan untuk menjual semula arak di kelab tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam negeri menjelaskan larangan itu bagi menjaga sensitiviti kerana kelab golf itu terletak berhampiran masjid dan kawasan perumahan majoriti umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.