Pakatan Harapan (PH) dilihat masih tebal dengan sikap pembangkang meskipun sudah menerima mandat untuk mentadbir kerajaan.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata tindak tanduk ahli Parlimen PH dalam Dewan Rakyat persis semasa mereka menjadi pembangkang yang terus menyalahkan kerajaan lama Barisan Nasional (BN).
“Dulu semasa BN mentadbir, kerajaan bercakap secara telus, menjawab pertanyaan dan membentangkan program, memaklumkan projek-projek secara objektif dan dengan fakta, tapi PH sampai sekarang masih terus serang pembangkang sedangkan patutnya pembangkanglah yang serang kerajaan.
“Mereka kata BN gagal, banyak rasuah, isu 1MDB dan macam-macam lagi sedangkan semua perkara itu telah dibangkitkan dulu sebelum mereka menang dan sekarang mereka dah jadi kerajaan, tak payahlah nak bangkitkan lagi… selesaikanlah semua masalah sebab mereka dah ada kuasa,” tegas beliau dalam ‘Diskusi dari Parlimen’ yang mengupas isu-isu dari Parlimen yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Khamis.
Tajuddin turut berkata sebagai kerajaan, PH sepatutnya melaksanakan tugas dengan baik dan memenuhi segala janji yang terkandung dalam manifesto sebelum PRU14.
Walaubagaimanapun katanya sehingga kini PH dilihat tidak mempunyai kesungguhan politik untuk mengotakan janji-janji mereka kepada rakyat.
“Saya rasa ini satu perubahan hubungan antara pembangkang dan kerajaan yang amat berbeza sekali. Mereka ini tak ada modal apa yang nak dijawab, apabila ditanya mereka tak ada bahan untuk terang secara objektif.
“Bila ditanya tentang projek, tentang ekonomi… apa yang mereka nak bentangkan dalam tempoh 10 bulan ini kerana mereka tak berbuat sesuatu untuk kepentingan rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.