Selama ini mereka juga yang mengatakan mereka sentiasa telus dan BN pula kotor, tetapi apa sudah jadi, tidak ada satu pun tindakan mereka yang menggambarkan mereka telus dan jujur: Noraini Ahmad
KUALA LUMPUR– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas
terhadap individu yang terbabit mengedarkan kupon makanan percuma
bernilai RM75,000 kepada 300 pelajar miskin dari lima buah sekolah dalam
kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Ketua
Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, ia perlu bagi
memastikan PRK Rantau dapat berjalan dengan bersih dan tanpa prejudis.
“Kita sedar
PRK DUN Rantau sememangnya satu pilihan raya yang sangat-sangat hendak
dimenangi oleh PH, kerana ia mampu mencalar kredibiliti UMNO apabila ia
ditandingi oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, tetapi
ini tidak bermakna mereka boleh menggunakan cara kotor.
“Mereka
seharus bertanding dengan cara matang dan jujur. Selama ini mereka juga
yang mengatakan mereka sentiasa telus dan BN pula kotor, tetapi apa
sudah jadi, tidak ada satu pun tindakan mereka yang menggambarkan mereka
ini telus dan jujur,” katanya.
Noraini
berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr
Michael Teo Yu Keng yang mengedarkan kupon makanan percuma bernilai
RM75,000 kepada murid sekolah di DUN Rantau.
Berdasarkan
kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Keadilan DUN Rantau, hari
ini, kupon itu diberikan kepada 300 orang murid dengan setiap mereka
menerima sumbangan antara RM50 hingga RM150.
Lima buah
sekolah yang dipilih untuk program ini ialah SJKC Sin Min Kuala Sawah,
SJKT Ladang Kombok, SK Felda Sendayan, SK Siliau dan SJKT Rantau.
Noraini turut menyifatkan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan undang-undang rimba sejak memegang tampuk pemerintahan negara.
“Ini
terbukti apabila tanpa ‘segan silu’ pemimpin PH terus bertindak sesuka
hati dengan melanggar undang-undang, termasuklah kesalahan pilihan raya
yang dilakukan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng ini.
“Walaupun
tempoh berkempen belum bermula tetapi perkara ini tidak sepatutnya
berlaku dan ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan dalam pilihan
raya. Ini juga boleh diangap rasuah PRK kerana ia berlaku dalam kawasan
pilihan raya,” katanya.
Seksyen 8
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKP) jelas menunjukkan menjamu sesiapa
sahaja dengan makanan, minuman, makanan atau minuman ringan atau
bekalan, apa-apa wang, tiket atau apa saja kaedah lain bertujuan
mempengaruhi seseorang secara rasuah untuk mengundi pada pilihan raya
adalah satu kesalahan.
Seksyen 8
dan seksyen lain dalam AKP seperti pengembangan perasaan jahat dan
permusuhan, pengaruh tidak wajar dan rasuah, dimulakan dengan frasa
‘sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.