KANGAR: Sebanyak 105 kes
denggi direkodkan sejak Januari hingga 2 Mac lalu di Perlis, kata
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri (JKN) Dr Sirajuddin Hashim.
Beliau berkata 15 kawasan di Perlis terlibat dengan kes denggi dengan mukim Titi Tinggi merekodkan kes tertinggi dengan 24 kes diikuti Wang Bintong (16), Beseri (15) dan Sena (14).

Kes lain direkodkan di mukim Arau (sembilan), Kuala Perlis (tujuh),
Kechor (enam), Utan Aji (empat), Sanglang (tiga), Seriab (dua) serta
masing-masing satu kes di Chuping, Jejawi, Kayang, Kurung Anai dan
Sungai Adam, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dr Sirajuddin berkata Kampung Kota di mukim Kechor dan Kampung Kolam di mukim Titi Tinggi masih berada dalam status wabak dan keadaan di kedua-dua kampung itu terkawal, masing-masing dengan dua kes denggi dikesan.
Tiada kematian akibat wabak denggi setakat ini di Perlis. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.