PEMILIK akaun Facebook (FB) dengan nama Cik Miera memohon maaf kepada semua pihak atas catatannya di laman sosial itu berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.
Cik Miera atau nama sebenarnya Siti Syafika Amira Mohd Rasani, 27, yang bertugas sebagai jururawat bilik pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, hantaran itu dibuat dalam keadaan mengikut emosi tanpa mengetahui fakta sebenar kes berkenaan.
Saksi ke-25 inkues itu berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan kepada Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang sebelum ini memberikan keterangan berhubung punca kematian anggota bomba berkenaan.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzah pada hari prosiding hari ke-18 di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.
“Saya minta maaf sebab bertindak mengikut emosi tanpa ketahui fakta sebenar kejadian dan semua yang terbabit kerana kekecohan ini,” katanya.
Menurutnya, hantarannya itu dibuat kerana pernah mendapat tahu daripada pembantu pegawai pembedahan di IJN, Muhammad Ashraff Baruji bahawa anggota bomba terbabit ada memberitahu dia dipukul.
“Saya dengar Ashraff sesudah habis melawat Adib, (Ashraff kata) saya (Ashraf) tanya sama ada dipukul, kali pertama Adib menggeleng, kali kedua, Adib menggeleng.... kali ketiga dia (Adib) mengangguk,” katanya.
Ditanya Zhafran kenapa keterangannya pada hari ini berbeza dengan hantaran di FB sebelum ini, saksi itu berkata: “Masa itu, saya percaya Adib dipukul tanpa mengetahui perkara sebenar. Tetapi, saya yakin doktor (forensik) beri keterangan berdasarkan kepakaran.”
ZHAFRAN: AkaunFB kamu masih aktif?Saksi sama juga tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika menjawab soalan Zhafran berhubung apa yang membuatkan dia sungguh beremosi sehingga memuat naik status berkenaan di FB, pada Jumaat lalu.
SITI SYAFIKA: Tak. Sebab selepas itu saya terima banyak ‘personal message.’
ZHAFRAN: Kenapa kamu sangat beremosi sehingga buat kenyataan itu?Terdahulu, saksi yang sudah enam tahun bertugas sebagai jururawat turut memberitahu dia diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang ECMO (Extracorporeal Membrane Oxygenation) pada Muhammad Adib, pada 28 November tahun lalu.
SITI SYAFIKA: Sepanjang Adib ada di sana (IJN), saya lihat keluarganya, saya melihat tunangnya... saya melihat keadaan keluarganya yang menangis. Pihak bomba yang tidur di luar ICU (Unit Rawatan Rapi) di atas kerusi menunggu setiap hari.
ZHAFRAN: Dan ini membuat kamu rasa macam mana?
SITI SYAFIKA: Saya lebih merasa dalam keadaan hubungan kekeluargaan.
ZHAFRAN: Kamu ada lihat Adib, bagaimana keadaan dia?Selain itu, saksi itu berkata, ada dua masa lain, di mana membantu mengendalikan Muhammad Adib ketika anggota bomba itu dirawat di ICU IJN, masing-masing pada 2 dan 3 Disember.
SITI SYAFIKA: Seluruh badan dia bengkak, dada kanan dia ada bruises (lebam), ada salur tiub pada belah kanan.
ZHAFRAN: Selain itu, ada apa-apa lagi?
SITI SYAFIKA: Bengkak dan lebam pada pangkal peha. Tetapi, saya tidak pasti belah mana.
ZHAFRAN: Selain itu, apa kecederaan lain?
SITI SYAFIKA: Skrotum dia membesar macam belon.
ZHAFRAN: Keadaan muka dia?
SITI SYAFIKA: Keadaan dia pada masa itu, saya tak pasti... yang saya lihat muka dia bengkak dan dada dia ada lebam.
ZHAFRAN: Dia sedar masa itu?
SITI SYAFIKA: Tak sedarkan diri.
Katanya, pada kali kedua, anggota bomba itu dilihat tidak sedarkan diri, manakala pada kali ketiga, pesakit dilihat tidak membuka mata tetapi hanya mengangguk selepas mendengar arahan doktor.
Sementara itu, Ketua ICU IJN Datuk Dr Suneta Sulaiman berpendapat Siti Syafika tidak layak memberikan kenyataan berhubung kecederaan pada mangsa kerana tidak mempunyai kepakaran dalam hal itu.
Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.