Ia susulan notis panggil semula oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-N-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA).
Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet losartan adalah merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan sama juga telah diambil oleh Malaysia ke atas produk-produk tersebut.
Sehubungan itu, pada masa ini, produk-produk tersebut telah dikeluarkan dalam pasaran tempatan.
Orang awam dinasihatkan agar menggunakan produk kesihatan yang berdaftar dengan PBKD.
Semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.